Bahasa

150 imam, pengerusi JKKK Sarawak dipilih sertai program haji 1MDB

Datuk Seri Najib  Razak berkata jumlah orang yang dipilih bagi negeri Sarawak adalah besar dan beliau berharap mereka akan mendapat haji yang mabrur nanti. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016.Datuk Seri Najib Razak berkata jumlah orang yang dipilih bagi negeri Sarawak adalah besar dan beliau berharap mereka akan mendapat haji yang mabrur nanti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016.Sebanyak 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak akan dipilih bagi menyertai Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB) tahun ini, kata Datuk Seri Najib  Razak.

Mengumumkan perkara itu semasa melawat Masjid Jamek Saratok hari ini, perdana menteri berkata mereka yang dipilih itu nanti terdiri daripada 75 imam dan 75 pengerusi JKKK.

"Kami serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan siapa yang akan terpilih untuk menunaikan fardu haji di bawah program ini nanti," katanya.

Beliau berkata ini adalah sebagai menghargai jasa kepimpinan imam dan pengerusi JKKK di peringkat akar umbi.

Program khas untuk menunaikan rukum Islam ke-5 itu dimulakan Yayasan 1MDB pada 2011 dengan sebanyak 111 jemaah dari seluruh negara.

Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Najib berkata jumlah yang dipilih bagi negeri Sarawak adalah besar dan beliau berharap mereka akan mendapat haji yang mabrur nanti.

Turut hadir pada majlis itu ialah  Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu perdana menteri merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Saratok yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. – Bernama, 28 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments