Bahasa

4 aktivis PSM ditahan polis di Johor

Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam antara 4 orang aktivis ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru Utara pada kira-kira 8 malam ini kerana mengambil bahagian dalam acara memasang lilin sempena penahanan Ahli Jawatankuasa PSM, Khairul Nizam Abdul Ghani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam antara 4 orang aktivis ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru Utara pada kira-kira 8 malam ini kerana mengambil bahagian dalam acara memasang lilin sempena penahanan Ahli Jawatankuasa PSM, Khairul Nizam Abdul Ghani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Empat orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Setiausaha Agung Sivarajan Arumugam ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru Utara pada kira-kira 8 malam ini.

Perkara itu diumumkan parti itu menerusi akaun Facebook parti itu sebentar tadi.

Semua mereka ditahan sewaktu mengambil bahagian dalam acara memasang lilin sempena penahanan Ahli Jawatankuasa PSM, Khairul Nizam Abdul Ghani yang lebih dikenali sebagai Aduka Taruna.

"SUA PSM, saudara Sivarajan, saudara Saiful dan saudara Selvaraj (dari) PSM Nusa Jaya dan saudara Afiq kini ditahan di balai polis Johor Baru Utara," pengumuman melalui Facebook itu dipetik.

Sementara itu, seorang lagi aktivis PSM Nalini Elumalai dilaporkan berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, lapor Malaysiakini.

Portal sama melaporkan Khairul Nizam yang direman sejak 8 Januari lalu dibebaskan pada 7.30 malam ini.

Khairul Nizam ditahan pada 8 Januari lepas atas tuduhan menghasut yang boleh dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 3 tahun. – 11 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments