Bahasa

Adakah Dr Mahathir mahu pihak berkuasa bertindak, soal Annuar Musa

Posting Dr Mahathir di blognya baru-baru ini mengandungi kata-kata menghasut, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa. – Gambar fail The Malaysia Insider, 7 Februari, 2016.Posting Dr Mahathir di blognya baru-baru ini mengandungi kata-kata menghasut, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa. – Gambar fail The Malaysia Insider, 7 Februari, 2016.Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung posting yang dibuat di blognya baru-baru ini, mendakwa bekas perdana menteri itu sengaja mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau untuk meraih simpati.

Annuar berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas mengenai undang-undang Malaysia akan tahu posting yang bertajuk "AG to AG" (peguam negara kepada peguam negara) bertarikh 3 Februari itu bersifat menghasut.

"Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut.

"Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati?

“Boleh jadi juga Dr Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya di laman Facebook beliau semalam.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata demikian memgulas tulisan Dr Mahathir Rabu yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan mendakwa perdana menteri dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

Tambahnya lagi, tuduhan Dr Mahathir itu seolah-olah bertujuan mendatangkan kebencian dengan niat membangkitkan perasaan tidak setia rakyat terhadap pentadbiran pimpinan Najib.

“Apa yang pasti, semua tuduhan tersebut merupakan kesalahan di bawah Fasal 2 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

"Dr Mahathir tidak wajar menolak seseorang dari kedudukannya atau mengarahkan orang ramai bertindak ke arah itu,” katanya. – 7 Februari, 2016.     

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments