Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mencabar Putrajaya mengadakan pilihan raya awal kerana itu dikehendaki rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016.Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Putrajaya perlu mengadakan pilihan raya umum lebih awal, di tengah-tengah usaha beberapa pihak menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, PAS percaya kepada perubahan melalui pilihan raya dan mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan pilihan raya awal bagi menentukan sama ada Najib mendapat mandat rakyat.
"Rakyat hari ini berada dalam keadaan yang serba keliru, tetapi saya percaya majoriti mahu perubahan dalam kerajaan.
"Tetapi sistem demokrasi di negara ini mensyaratkan kita untuk mengadakan pilihan raya.
"Jika kerajaan berani, mereka akan adakan pilihan raya awal kerana itu yang rakyat mahu," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga berkata, keadaan semasa adalah "mengelirukan" seperti rakyat mahu Najib disingkirkan tetapi Putrajaya tetap menegaskan beliau mendapat mandat.
"Oleh itu, kami menggesa pilihan raya awal diadakan supaya rakyat boleh membuat keputusan," katanya.
Nik Abduh berkata, mereka tidak mahu menggulingkan perdana menteri melalui cara tidak demokratik.
"Tetapi jika dia bersedia untuk meletakkan jawatan, kami okay saja.
"Dan kita tidak mahu Umno, kepada kami, Umno tidak mewakili rakyat."
Jumaat lepas, Putrajaya memberi maklum balas kepada pergerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata bekas perdana menteri itu perlu menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang untuk menggulingkan Najib.
Putrajaya berkata, Najib diberi mandat untuk menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
Kerajaan berkata "satu-satunya mekanisme yang halal, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat " untuk menukar perdana menteri ialah pilihan raya umum.
Najib, bagaimanapun, menjadi perdana menteri pada 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghadapi tekanan dari dalam Umno untuk berundur selepas mengetuai Barisan Nasional (BN) selepas keputusan hambar dalam pilihan raya umum 2008.
Beberapa peguam menunjukkan kepada fakta ini dan berkata, tiada apa yang salah untuk menukar perdana menteri sebelum pilihan raya. – 7 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments