Bahasa

Akta Hasutan demi keselamatan Cina dan India, kata Ibrahim Ali

 Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bercakap pada forum Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan di K Klub, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau memberitahu Akta Hasutan digubal demi melindungi kaum Cina dan India, bukannya Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 20 September, 2014. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bercakap pada forum Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan di K Klub, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau memberitahu Akta Hasutan digubal demi melindungi kaum Cina dan India, bukannya Melayu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 20 September, 2014.Akta Hasutan yang diguna pakai sejak ‎1948 itu sebenarnya bukan untuk melindungi kaum Melayu namun ia bagi keselamatan kaum Cina dan India, kata badan bukan kerajaan (NGO) Perkasa.

‎Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pandangan  yang mendakwa  akta itu digubal untuk kepentingan kaum Melayu adalah salah sama sekali kerana golongan itu adalah majoriti.

"Sebenarnya Akta Hasutan ini demi melindungi kaum Cina dan India, tak lindungi kaum Melayu.

"Kaum Melayu adalah majoriti. Sekiranya berlaku konflik, ia tidak menjejaskan Melayu tetapi kepada kaum bukan majoriti," katanya pada forum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Ibrahim juga mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memansuhkan ISA.

Katanya ISA dapat dikekalkan sekiranya  Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya ke-12 (PRU12) hingga gagal mengekalkan kuasa majoriti di Parlimen.

‎Ibrahim juga berkata, keputusan Najib untuk memansuhkan akta tersebut bagi membuktikan beliau cuba menjadi seorang demokrat dalam menjaga keamanan negara.

Katanya, Najib perlu mengambil contoh seperti negara Singapura dan Amerika Syarikat ‎yang mengamalkan undang-undang hampir sama bagi mengekalkan kemanan.

"Presiden Singapura Lee Kuan Yew pun sehingga kini mengekalkan ISA. Bila ditanya adakah Singapura akan mengikuti jejak Malaysia, beliau tetap akan menggunapakai akta tersebut," katanya.

Pendakwaan besar-besaran mengikut Akta Hasutan menyaksikan bantahan hebat daripada pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi.

Najib pertama kali berkata akan memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 dan mengulangi semula pendiriannya pada 2013 sebagai langkah tranformasi.

‎Akta tersebut bakal diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

Bagaimanapun keputusan memansuhkannya mendapat tentangan daripada ahli Umno sendiri yang mahu mengekalkan akta tersebut. – 20 September, 2014.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments