change.org yang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak menerima lebih 2,500 tandatangan 14 jam selepas ia dimulakan semalam.
Sebuah petisyen atas talian di laman webDimuat naik aktivis Azrul Mohd Khatib, petisyen bertajuk 'Quit! Undur!' itu berikrar menyokong Deklarasi Rakyat dilancarkan semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Petisyen itu menyatakan, seorang pemimpin mesti memimpin dengan bijak, adil dan beriltizam untuk berkhidmat kepada rakyat, didorong keinginan ikhlas untuk memerintah dengan baik.
"Sekurang-kurangnya, kami memerlukan seorang perdana menteri yang memegang kepada komitmen untuk melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan memastikan kesejahteraan bagi semua rakyat Malaysia.
"Jawatan perdana menteri tidak boleh digunakan atau dieksploitasi untuk keuntungan atau manfaat peribadi.
"Ia bukannya alat untuk menjamin kesetiaan menggunakan sumber negara, atau meletakkan kepentingan parti atau keluarga sendiri lebih tinggi daripada kepentingan awam," katanya.
Ia juga berkata, semakin ramai rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap integriti Najib sebagai pemimpin, dan keupayaannya memimpin dan membimbing negara.
"Kami semakin kurang mengagumi atau menghormati Datuk Seri.
"Bukan saja disebabkan janji yang tidak ditepati tetapi lebih memudaratkan adalah kebisuan Datuk Seri dalam hal dan isu penting.
"Kesimpulan kami adalah Datuk Seri mempercayai tidak perlunya ada penjelasan kepada rakyat," nota kepada perdana menteri itu dipetik.
Antara penandatangan yang menyokong petisyen itu, Nik Adura Zuliana Nik dari Kota Baru menulis: "Saya mahu menyelamatkan Malaysia! Sayang negara saya dan saya tidak mahu pencuri memerintah negara ini!"
Seorang lagi, Mitch Yusmar Yusof dari Berjaya Park, berkata: "Dengarlah suara rakyat... Undur Najib, undur saja."
Lalita Abdullah dari Selangor juga menyokong petisyen itu, mengatakan: "Masa untuk anda berundur!"
Semalam, Dr Mahathir mengetuai sekumpulan lebih 50 orang, termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menandatangani pengisytiharan Deklarasi Rakyat yang menyeru penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Menerusi Twitter, anak bekas perdana menteri itu, Datin Paduka Marina Mahathir menggesa orang ramai menandatangani petisyen di change.org dengan menulis tweet: "Tandatangan, tandatangan, tandatangan!! change.org/p/prime-minist." – 5 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments