Bahasa

Aliran trafik perlahan di 3 kawasan lebuh raya utama setakat 4 petang

Trafik perlahan setakat 4 petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider , 14 Februari, 2016.Trafik perlahan setakat 4 petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider , 14 Februari, 2016.Aliran trafik dilaporkan perlahan dan sesak di 3 kawasan di lebuh raya utama terutama menuju ke ibu kota, berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat pukul 4 petang ini, kawasan yang sesak adalah selepas Plaza Tol Sungai Besi dan dari Bidor ke Sungkai serta laluan Kulai ke Senai.

Bagi lebuh raya di Pantai Timur pula, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik lancar dan terkawal di semua lebuh raya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama, 14 Februari, 2016.                         

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments