Sebuah kerajaan peralihan bakal dibentuk sekiranya Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan, lapor Sinar Harian hari ini, memetik Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abd Samad.
Beliau dilaporkan berkata, jalan terbaik ialah melalui pembentukan kerajaan peralihan, dengan Pakatan Harapan, ahli Parlimen serta gerakan yang menyokong penyingkiran Najib membentuk pelan bertindak dan melaksanakannya bersama.
Beliau berkata, dalam tempoh transisi itu, semua pihak yang bekerjasama menggerakkan usaha mendesak Najib perlu melepaskan jawatan dan membentuk satu pelan bertindak bersama.
“Dua peranan yang kita mahu wujudkan dalam tempoh setahun ini adalah, kerajaan peralihan yang menyediakan peraturan dan undang-undang pilihan raya lebih adil, terdiri daripada semua pihak dalam gerakan itu.
"Kami juga mahu siasatan telus terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” Khalid dipetik berkata.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam tempoh itu, selepas pembentukan kerajaan peralihan, untuk menamatkan kerajaan sementara.
"Itu cara kita persetujui.
"Jika mahu kerajaan sekarang dibubarkan dan adakan pilihan raya umum berdasarkan kepada undang-undang sedia ada, sukar untuk kita menang walaupun rakyat masih marahkan kerajaan.
"Sebaliknya, tindakan itu boleh beri kelebihan kepada BN,” katanya. – 7 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments