Bahasa

Asyraf Wajdi harap Ustaz Kazim terus berceramah

Datuk Kazim Elias dimasukkan ke hospital selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.Datuk Kazim Elias dimasukkan ke hospital selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap Datuk Kazim Elias yang dikini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada, berharap beliau cepat sembuh dan meneruskan kerja dakwahnya.

Asyraf Wajdi yang melawat Kazim atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim hari ini, berkata pendakwah itu dilihatnya semakin sihat.

Timbalan menteri itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh.

Kazim, 44, dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok, 9.30 malam Jumaat lepas.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Asyraf Wajdi menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah dalam media sosial kononnya Kazim sudah meninggal dunia. – Bernama, 21 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments