Bahasa

Australia akan hubungi Malaysia berhubung penahanan 2 wartawan

Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata, mereka sentiasa mengambil berat insiden tindakan keras ke atas kebebasan bersuara dan menghubungi Putrajaya berhubung penahanan wartawannya baru-baru ini. – Gambar fail Reuters, 14 Mac, 2016.Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata, mereka sentiasa mengambil berat insiden tindakan keras ke atas kebebasan bersuara dan menghubungi Putrajaya berhubung penahanan wartawannya baru-baru ini. – Gambar fail Reuters, 14 Mac, 2016.Australia "sangat prihatin" berhubung penahanan beberapa wartawannya di Kuching pada Sabtu, dan akan membangkitkan isu itu kepada Putrajaya, The Guardian melaporkan hari ini.

Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata, mereka akan menyediakan sokongan konsular kepada krew media terbabit.

"Saya sentiasa mengambil berat di mana terdapat seperti tindakan keras ke atas kebebasan bersuara khususnya dalam demokrasi dan saya juga mengambil berat tentang kebebasan tugas wartawan perlu jalankan di seluruh dunia.

"Ini adalah perkara-perkara yang kita timbulkan dengan kerajaan dari semasa ke semasa dan kita akan melakukannya dengan Malaysia," Bishop dipetik sebagai berkata.

Wartawan ABC Four Corners, Linton Besser dan Louis Eroglu cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa di Kuching pada Sabtu.

Sally Neighbour, penerbit eksekutif program berkata di Twitter, kakitangan mereka ditahan selepas cuba bertanya kepada perdana menteri berhubung "skandal rasuah".

Polis berkata, wartawan menyeberang garis keselamatan dan secara agresif cuba menghampiri Najib.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata Putrajaya tidak menghalang akhbar tempatan atau asing daripada menjalankan tugas mereka, tetapi mereka perlu mematuhi etika kewartawanan dan juga undang-undang Malaysia. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments