Bahasa

Baik buruk media sosial membentuk perbincangan awam

Melalui media sosial, perkara yang sebelum ini tidak mungkin tersebar menjadi mudah tersebar sepertimana karikatur badut kepada wajah pemimpin negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Mac, 2016.Melalui media sosial, perkara yang sebelum ini tidak mungkin tersebar menjadi mudah tersebar sepertimana karikatur badut kepada wajah pemimpin negara ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Mac, 2016.Sebelum kewujudan media sosial, perkara yang difikirkan adik seorang perdana menteri tentang sesuatu isu atau pendiriannya tentang situasi sosial dan politik negara mungkin tidak diketahui, melainkan kenyataan dikeluarkan kepada media.

Namun kewujudan platform seperti Instagram, Twitter dan Facebook mengubah dinamik ini apabila pandangan Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjadi bahan perbualan dan spekulasi orang ramai.

Nazir dan Nurulhidayah mempunyai ramai pengikut di Instagram, dengan adik kepada perdana menteri itu sering memuat naik gambar diiringi ungkapan dari siri popular televisyen atau filem sebagai 1 bentuk ulasan penuh bermakna, atau anak kepada timbalan perdana menteri mempertahankan bapanya daripada kritikan orang ramai.

Fahmi Reza dan Soo Wincci antara personaliti yang kerap menggunakan media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan negara. – Gambar Facebook dan Youtube, 13 Mac, 2016. Fahmi Reza dan Soo Wincci antara personaliti yang kerap menggunakan media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan negara. – Gambar Facebook dan Youtube, 13 Mac, 2016. Mereka yang lain menjadi tajuk berita ialah pelakon dan penyanyi Soo Wincci kerana video YouTube beliau menggeaa peletakan jawatan Najib dan reformasi demokratik, serta pereka grafik Fahmi Reza yang memulakan kempen #KitaSemuaPenghasut menampilkan hasil karya satira yang memaparkan perdana menteri sebagai badut.

Pakar media yang mengamati fenomena ini percaya ia berakar umbi daripada sikap kurang percaya orang ramai serta perasaan meluat terhadap organisasi media tradisional, yang dilihat berat sebelah dan mengikut telunjuk kerajaan atau tertakluk kepada kawalan pemilik media mereka.

Dalam masyarakat yang sarat dengan tapisan seperti Malaysia, media sosial menjadi platform berguna bersuara dan menyampaikan pandangan, kata pensyarah komunikasi dan pengajian media University Monash, Dr Joanne Lim.

Menurut Lim, ia adalah penyusutan garis nyata antara pengeluar (producer) dan pengguna (consumer) kandungan media, yang kini dikenali sebagai "prosumer".

"Orang ramai beralih arah kepada media sosial kerana idea yang mudah tetapi bermakna iaitu 'penglibatan'. Menerusi sosial media, pengguna juga mempunyai peluang menjadi pengeluar, maka istilahnya 'prosumer'.

"Orang biasa juga boleh melakukan perubahan, menggerakkan komuniti, dan mengumpul pengikut dengan membikin dan berkongsi video di YouTube, merakam dan mengedarkan podcast, menyebarkan imej menerusi Flickr, Tumblr dan lain-lain.

"Ini mengupayakan orang ramai," kata Lim.

Profesor media dan pengajian komunikasi University of Nottingham Malaysia Zaharom Nain berkata, pandangan pengguna media sosial boleh jadi lahir daripada sikap ambil berat pengguna terhadap keadaan negara.

Katanya, elemen interaktif media sosial seperti butang "Like" dan "Share" menyumbang kepada populariti media sosial dalam menyatakan pendapat tentang politik tanah air.

"Tentunya kombinasi siapa (personaliti) dan apa (subjek) meningkatkan kemungkinan sesuatu mesej itu menjadi viral.

"Pengguna mungkin kurang berkongsi mesej Nazir tentang kucingnya berbanding ulasan beliau terhadap ekonomi," katanya.

Pendebat terkenal Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga tidak asing dalam menggunakan media sosial bagi memulakan perbincangan berkaitan isu dan topik.

Mahasiswa yang dikenali ramai menerusi posting Facebook yang menyifatkan Najib sebagai "memalukan negara" sekitar Oktober 2015 berkata, beliau perasan kenyataannya banyak diberikan perhatian apabila ia berkenaan politik dan kerajaan.

"Saya percaya orang ramai cenderung berkongsi posting saya apabila pandangan saya selari pandangan mereka."

Aktivis hak asasi dan pereka grafik Fahmi Reza berkata, beliau menggunakan media sosial bagi mempromosikan aktivisme sejak 2009 lagi.

Namun poster wajah badut Najib menjadi viral dan sensasi selepas pihak berkuasa memberi respons terhadap karyanya itu.

"Saya rasa respons kerajaan terhadap poster itu memberikannya perhatian luar biasa.

"Apabila saya menaikkan poster itu dan Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) memberikan reaksi, saya tak menjangka artis grafik lain juga turut bereaksi dengan poster mereka sendiri," kata Fahmi yang disiasat dan diancam di bawah Akta Hasutan.

Mengulas perkembangan ini, Zaharom berharap wartawan akan melakukan lebih daripada sekadar menelusuri media sosial dan mengutip kenyataan personaliti-personaliti ini.

"Wartawan perlu menyemak ketepatan fakta laporan mereka sebelum diterbitkan. Ini asas kewartawanan," katanya. – 13 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments