Bahasa

Bekas mufti Wilayah Persekutuan meninggal dunia

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Md Hashim Yahaya (gambar) meninggal dunia di Hospital Al-Islam, Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 1.50 petang tadi setelah mengalami demam dan masalah paru-paru.

Allahyarham berusia 75 tahun.

"Allahyarham dibawa ke hospital itu pagi tadi selepas mengalami demam," kata anggota keluarganya yang enggan dikenali, ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Aminah Zakaria dan tiga anak iaitu Profesor Dr Ashraf, Amani dan Zainab.

Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Shah Alam untuk urusan pengebumian kira-kira 5.30 petang tadi.

Allahyarham menjawat jawatan Mufti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sejak Januari 1997 hingga Januari 2003.  – Bernama, 27 Ogos, 2014.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments