Bahasa

Beri tumpuan kepada pentadbiran negara, Nurul Izzah beritahu Najib

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang ditemani peguamnya Michelle Yesudas berkata, soal siasat dilakukan pihak polis terhadap beliau dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini merupakan satu tindakan bersifat gangguan bertujuan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2016.Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang ditemani peguamnya Michelle Yesudas berkata, soal siasat dilakukan pihak polis terhadap beliau dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini merupakan satu tindakan bersifat gangguan bertujuan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2016.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi tumpuan mentadbir negara dan bukannya mengganggu individu di atas kesalahan remeh temeh seperti menyiarkan wajahnya seakan-akan badut di media sosial, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mempersoalkan tindakan yang diambil pihak polis hari ini berhubung dakwaan terhadap satu posting imej badut Najib di Instagram beliau, yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

"Anda perlu mempersoalkan tindakan perdana menteri, mengapa melakukan gangguan semua ini?"

"Adakah beliau tidak ada kerja lain yang lebih baik untuk dilakukan dan adakah beliau tidak perlu memberi tumpuan kepada pentadbiran negara ini memandangkan masyarakat di seluruh dunia mempertikaikan skandal beliau berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Nurul Izzah, yang ditemani peguamnya Michelle Yesudas berkata, soal siasat dilakukan pihak polis terhadap beliau dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini merupakan satu tindakan bersifat gangguan bertujuan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia.

Rafizi juga sedang disoal polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Dang Wangi di Kuala Lumpur berhubung isu berkaitan Tabung Haji.

"Ini terutamanya bertujuan menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia yang lain bagi mewujudkan budaya tapisan sendiri, khususnya memandangkan kepada kedudukan semasa Najib dalam Umno.

"Ahli Parlimen diganggu kerana kawalan dan perintah Najib semakin lemah di dalam negara serta kerajaan hari ini," katanya.

Michelle berkata, soal siasat hari ini bukan perkara baharu, dan Izzah menggunakan haknya untuk tidak menjawab soalan pihak polis.

"Tugas polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat, jika sumber dibawa keluar daripada skop kerja, bagaimana mereka akan bekerja?

"Kita menggesa mereka (polis) bekerjasama dengan masyarakat progresif dan tidak mengambil tindakan terhadap aktivisme dan pembangkang. Kami harap ini kali yang terakhir," kata Michelle.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, kenyataan Nurul Izzah itu direkodkan pegawai dari Bukit Aman.

Gambar badut Najib membanjiri media sosial sejak beberapa minggu lalu, dengan hashtag #Kitasemuapenghasut selepas pereka grafik Fahmi Reza, yang memulakan karikatur badut Najib, diberi amaran pihak polis.

Karya seni Fahmi juga mengilhamkan kemunculan imej badut lain di media sosial baru-baru ini di bawah hashtag yang sama.

Fahmi disoal siasat pihak polis minggu lalu berhubung perkara itu. – 7 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments