Perhimpunan 27 Mac perlu lebih daripada sekadar sebuah paltform untuk Tun Dr Mahathir Mohamad memenuhi agenda menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Bersih 2.0 hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, beliau mempunyai keraguan berkenaan perhimpunan yang diilhamkan sekutu Dr Mahathir, Datuk Zaid Ibrahim kerana agenda itu tidak jelas.
"Tidak kisahlah siapa orang di belakangnya, tetapi agendanya tidak jelas dan ia sangat penting. Ia tidak sepatutnya berkenaan agenda Dr Mahathir semata-mata iaitu meminta Najib meletakkan jawatan.
"Malaysia perlu pergi lebih daripada itu. Kita perlu perubahan untuk menghentikan rasuah, salah guna kuasa oleh pihak polis dan badan kehakiman. Asas-asas perlu diubah, bukan orang-orang di atas sahaja," kata Maria kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata Bersih menerima jemputan rasmi untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, tetapi berkata jawatankuasa pemandu itu akan bertemu dan membincangkan isu itu sebelum memutuskan sama ada untuk menyertainya.
Sejak gabungan itu memasukkan puluhan kumpulan masyarakat sivil, memperoleh kesepakatan mengenai perkara itu akan mengambil masa yang lama, katanya.
"Kebimbangan kami ialah berkenaan agenda perhimpunan tersebut perlulah berhubung pembaharuan.
"Jika tidak, tiada gunanya menggesa penyingkiran perdana menteri, tetapi mahu sistem lama kekal," kata Maria.
Tahun lalu, Bersih menganjurkan perhimpunan sendiri menuntut peletakan jawatan Najib, tetapi Maria berkata matlamat utama hari ini ialah protes bermalam itu adalah untuk menggesa pembaharuan.
Peletakan jawatan Najib dimasukkan dalam senarai mereka permintaan kerana beliau tidak percaya terhadap pembaharuan, dan kerana wang daripada sumber meragukan yang didakwa digunakan untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2013, kata Maria.
"Sebab itu kita merasakan untuk pembaharuan berlaku, Najib perlu berundur dan kerajaan sementara mengambil alih sehingga pemilihan baharu diadakan," katanya.
"Jika perhimpunan 27 Mac mempunyai agenda reformasi yang sama, maka, dengan segala cara, ia perlu diteruskan. Perlembagaan menyatakan kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat kami, justeru, polis tidak sepatutnya membuat ancaman."
Zaid menerusi blognya pada Khamis lepas mencadangkan kepada orang ramai "perhimpunan menyokong Dr Mahathir" dan permintaan peletakan jawatan terhadap Najib, dan juga peguam negara serta ketua polis negara, pada 27 Mac.
Mengulas lanjut mengenai perhimpunan itu pada hari ini, bekas menteri undang-undang de facto itu berkata ia akan menjadi perhimpunan aman rakyat yang mahu pihak menyalahgunakan undang-undang dan melindungi penjenayah dihukum. – 22 Februari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments