Bahasa

Biarkan Mukhriz, Shafie berperangai kebudak-budakan, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak perlu layan Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana sikap kebudak-budakan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak perlu layan Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana sikap kebudak-budakan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak perlu dilayan kerana mereka bersikap kebudak-budakan, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini, susulan tindakan mereka menyatakan sokongan kepada Deklarasi Rakyat.

Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, ditanya sama ada Umno akan mengambil sebarang tindakan terhadap kedua-dua pemimpin itu kerana tidak patuh kepada dasar parti.

"Tiada komen, tiada komen. Mengapa saya perlu komen mengenai manusia yang perangai macam budak-budak? Biarkan mereka jadi budak-budak," kata Ku Nan ketika ditemui di lobi Parlimen.

Mukhriz, bekas menteri besar Kedah adalah antara pemimpin Umno yang menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lalu mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun tidak menjadi salah seorang penandatangan, Shafie yang juga naib presiden Umno berkata ia langkah yang baik dan beliau menyokongnya.

Lebih 40 pemimpin menandatangani deklarasi 37 perkara itu yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin parti pembangkang dan pergerakan masyarakat sivil.

Semalam, Dr Mahathir berkata kerjasama antara pelbagai pemimpin parti itu adalah sementara dan mereka akan kembali kepada perbezaan masing-masing sebaik saja tuntutan dalam deklarasi berkenaan dipenuhi. – 10 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments