Kerajaan menyasarkan menambah bilangan doktor pakar daripada 450 orang kepada 1,000 setiap tahun bagi mengatasi masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera kerana terdapat kekurangan dalam bilangan doktor pakar di semua 142 hospital di bandar kecil, di samping memenuhi permintaan rakyat.
"Jumlah ini tidak mencukupi. Contohnya, dalam bidang pembedahan neuro, Malaysia hanya mempunyai 47 pakar di hospital bandar seperti Sungai Buloh, Johor Baru, Ipoh, Pulau Pinang, Kuching dan Sibu.
"Ini bermaksud hospital-hospital lain di bandar kecil yang memerlukan kepakaran bidang ini, dan yang lain. Saya berharap peningkatan 1,000 doktor pakar akan mengisi keperluan doktor dalam negara menjelang 2018," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, pada masa ini, 819 doktor terpilih untuk mengikuti program sarjana di 7 universiti tempatan, yang menawarkan 23 bidang pakar.
Selain itu, Dr Subramaniam berkata bermula pada 2014, pihaknya memantapkan pelaksanaan "Parallel Pathway" untuk dijadikan program latihan kepakaran yang lebih berstruktur.
Dalam perkembangan lain, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat untuk memastikan kawasan persekitaran masing-masing sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan pembiakan aedes.
"Jumlah 2,007 kes denggi minggu ini adalah satu petanda baik sekiranya ia kekal walapun adanya ramalan jumlah kes akan meningkat berikutan fenomena El-Nino," katanya.
Dr Subramaniam berkata telur nyamuk aedes boleh hidup di tempat kering selama 6 bulan dan hanya memerlukan setitik air untuk menetas dan menjadi larva. – Bernama, 11 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments