Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin menafikan dakwaan yang mengatakan tindakan beliau membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sebagai satu cubaan untuk menggulingkan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya akan jadi macam orang bodoh jika berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan BN," katanya mengulas dakwaan yang beliau kini sedang diperhatikan dan dipantau ketika memberi ucapan selepas disingkirkan daripada Kabinet.
Muhyiddin berkata, adalah sangat bodoh untuk beliau cuba menjatuhkan kerajaan yang dibinanya selama lebih 30 tahun.
Berucap pada Perhimpunan Agung Umno bahagian Semporna, Sabah hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu memberitahu perwakilan yang beliau masih merupakan penyokong setia Umno dan akan terus membina dan memperkukuhkan parti.
Membangkitkan persoalan mengenai syarikat sarat hutang 1MDB tidak boleh ditafsirkan sebagai tidak setia, katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi ini mendakwa terdapat seorang tokoh Umno menjadi dalang kepada komplot bagi menggulingkan kerajaan dengan sokongan pemimpin pembangkang.
Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata sebagai menteri dalam negeri, beliau mendapati mereka menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan kerajaan. – 15 Ogos, 2015.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments