Bahasa

Bursa Malaysia lantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah

Bursa Malaysia Bhd melantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah Inter-Pacific Securities Sdn Bhd dan ahli Jawatankuasa Rayuan Bursa Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2016.Bursa Malaysia Bhd melantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah Inter-Pacific Securities Sdn Bhd dan ahli Jawatankuasa Rayuan Bursa Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2016.Bursa Malaysia Bhd melantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah baharu bagi Lembaga Pengarah anak syarikatnya, Bursa Malaysia Securities Bhd dan firma penjelasan, Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.

Pelantikan berkenaan berkuat kuasa semalam.

Kuok mempunyai pengalaman selama lebih 22 tahun dalam industri sekuriti.

Beliau kini pengarah Inter-Pacific Securities Sdn Bhd dan ahli Jawatankuasa Rayuan Bursa Malaysia.

Selain itu, beliau merupakan pengarah di Berjaya Capital Bhd dan beberapa syarikat di bawah Inter-Pacific Group, dan Presiden Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2000.

Setakat 22 Februari 2016, Lembaga Pengarah anak-anak syarikat ini terdiri daripada 3 pengarah Bursa Malaysia dan satu pengarah bebas.

Mereka terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengarah Kepentingan Awam Director Datuk Dr Md Tap Salleh; Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Datuk Saiful Bahri Zainuddin; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Datuk Seri Tajuddin Atan; serta Pengarah Bebas Kuok Wee Kiat. – Bernama, 23 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments