Bahasa

Cubaan culik pemimpin, polis jamin keselamatan negara terkawal

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan keadaan keselamatan negara adalah selamat dan terkawal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2016.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan keadaan keselamatan negara adalah selamat dan terkawal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2016.Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk perdana menteri oleh kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis) tahun lalu seperti didedahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya memberi jaminan keadaan keselamatan di negara ini adalah selamat dan terkawal.

"Benar terdapat cubaan culik itu...menjadi tugas kami untuk mencegah sebarang jenayah yang berlaku di negara ini," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Kolej Unikop dan Open University Malaysia (OUM), di Kuala Lumpur, hari ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya berhubung pendedahan Zahid tentang cubaan culik itu.

Hari ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri mendedahkan selain Datuk Seri Najib Razak, turut menjadi sasaran kumpulan militan itu ialah beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mengulas mengenai negara tertentu yang mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap rakyatnya di negara ini, Khalid berkata polis memberi jaminan keselamatan pelawat atau pelancong ke negara ini adalah selamat.

"Amaran keselamatan itu hak mereka untuk halang rakyat daripada pergi ke tempat yang mereka fikir tidak selamat. Saya beri jaminan keselamatan kita terjamin dan terkawal...kami alu-alukan mana-mana pelawat untuk ke sini," katanya.

Pada 22 Februari lepas, media melaporkan Australia menerusi kenyataan di laman web rasminya mengeluarkan amaran berjaga-jaga dengan ancaman pengganas di Kuala Lumpur, yang mungkin menyasarkan kawasan yang sering dikunjungi warga asing khususnya pelancong Barat. – Bernama, 8 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments