Bahasa

DAP mahu bawa Azalina ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Kekurangan fakta dalam penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengenai RM26 bilion disalurkan dalam akaun peribadi perdana menteri mengejutkan, kata Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.	Kekurangan fakta dalam penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengenai RM26 bilion disalurkan dalam akaun peribadi perdana menteri mengejutkan, kata Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman  menjelaskan mengapa kenyataan mengenai wang disalurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bercanggah dengan pendirian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jawapan Parlimen yang diberikan Azalina itu sebagai mengejutkan kerana kekurangan maklumat dan fakta.

Katanya, sekiranya Azalina gagal memberi penjelasan, wakil rakyat DAP kan membawa Azalina ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

"Saya bertanya kepada Parlimen pada minggu lepas sama ada Peguam Negara menyiasat wang RM26 bilion disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tambahan RM3.2 juta digunakan untuk membayar kad visa dan mastercard.

"Adakah ini salah guna kuasa," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments