Bahasa

Debat Asri-Zamihan baik untuk cari kebenaran, kata mufti Selangor

Perdebatan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia Zamihan Mat Zin baik untuk mencari kebenaran, kata Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2016.Perdebatan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia Zamihan Mat Zin baik untuk mencari kebenaran, kata Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2016.Debat yang bakal menyaksikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berentap dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin baik untuk mencari kebenaran, kata Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Beliau berkata, pihaknya khuatir apabila debat yang bakal dianjurkan pada 17 Februari itu mencari kalah atau menang mana-mana pihak, ia bakal mengakibatkan kebenaran akan tewas.

"Saya berpendapat kalau perbincangan itu mencari kebenaran itu bagus, bukan cari kalah menang.

"Ini kerana, dikhuatiri yang benar kalau tidak tersusun boleh kalah, tetapi yang batil, sekiranya tersusun rapi boleh menang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Debat itu dianjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan dijadual berlangsung di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Asri dalam posting di laman Facebook miliknya juga menyatakan persetujuan untuk menghadirkan diri dalam debat tertutup itu.

"Saya bukan hadir untuk diri saya, tetapi untuk mengelakkan kegusaran semua pihak yang dituduh dan dicerca tanpa alasan kukuh.

"Kita memerlukan pendekatan agama sederhana dan rasional dalam menghadapi dunia yang makin mencabar," katanya, dipetik laman Facebook miliknya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar debat itu tidak perlu dibuka kepada umum, sebaliknya hanya kepada golongan ulama dan cendekiawan saja.

“Pandangan saya lebih molek program ini diadakan secara muzakarah mahabbah atau perbincangan harmoni secara tertutup.

“Polemik yang tercetus seolah-olah program ini bagaikan pentas perdebatan untuk menentukan siapa juara hujah juga hanya akan mengelirukan bahkan memberikan gambaran tidak baik terhadap ulama dan Islam secara umumnya,” beliau dipetik berkata dalam satu kenyataan.  

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya sebelum ini mempersoalkan sama ada hasil perdebatan itu akan membawa sesuatu yang produktif kepada suasana menyeluruh umat Islam hari ini dari sudut sosial, ekonomi dan politik khususnya di Malaysia.

"Bukankah lebih utama didebatkan kebejatan kepimpinan negara dari kalangan orang Islam yang terlibat dalam rasuah dan penyelewengan berbilion ringgit serta tadbir urus kewangan yang culas dan curang lantas mengkhianati amanah umat," kata Mujahid.

Zamihan dalam video yang dikongsi di Internet didakwa sering menyerang Asri dan dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan.

Asri bagaimanapun menafikan perkara itu.

Susulan sering bertikam lidah dan menyindir antara satu sama lain di laman media sosial, Asri kemudiannya menyahut cabaran Zamihan untuk berdebat dalam isu yang membabitkan ekstremisme agama.

Asri bagaimanapun berkata, debat itu bukanlah bertujuan untuk menentukan siapa kalah atau menang. – 10 Februari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments