Bahasa

Dewan Belia Perak bukan ‘pameran’ semata-mata, kata Zambry

Langkah mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia Perak merupakan keazaman untuk membentuk generasi pelapis yang bertanggungjawab bagi mencorak kehidupan masa hadapan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2016.Langkah mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia Perak merupakan keazaman untuk membentuk generasi pelapis yang bertanggungjawab bagi mencorak kehidupan masa hadapan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2016.Langkah mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak bukan satu usaha bersifat “tayangan”  atau “pameran”, sebaliknya merupakan keazaman untuk membentuk generasi pelapis yang bertanggungjawab bagi mencorak kehidupan masa hadapan. 

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata DUN Belia itu merupakan medan ujian buat perwakilan untuk sama-sama memastikan isu rakyat khususnya yang berkait dengan golongan muda dapat dibahaskan.

"Ia merupakan pelantar terbaik bagi anak muda negeri ini mengetengahkan cara baru melihat sesuatu isu selain mempamerkan keterbukaan dalam membahaskan isu berkaitan kepentingan rakyat dan negeri," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Belia Perak di Ipoh hari ini.

Zambry berkata walaupun ahli DUN Belia Perak tidak melalui proses pemilihan seperti pilihan raya, tetapi ia tidak mengurangkan amanah dan tanggungjawab ahli yang dipilih.

"Pemilihan perwakilan mengambil kira perwakilan dalam kalangan generasi muda yang terlibat dengan pelbagai pergerakan belia dan pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

Tambah Zambry ketika ini terdapat kira-kira 900,000 belia di Perak dan daripada jumlah itu, hanya 20% sahaja yang aktif dalam gerakan persatuan dan pertubuhan.

DUN Belia Perak mempunyai 60 ahli terdiri daripada 70% lelaki dan 30% wanita dari semua kaum.

Persidangan selama 2 hari mulai hari ini akan membahaskan usul di bawah 7 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Usahawan, Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita serta Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian.

Jawatankuasa lain adalah Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional; Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar serta Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme. – Bernama, 5 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments