Bahasa

Dr Mahathir serahkan nasibnya kepada polis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi ini didatangi sepasukan polis untuk merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 November, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi ini didatangi sepasukan polis untuk merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 November, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat keputusan sama ada untuk menahannya berikutan siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya berkaitan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berkata, walau apa pun siasatan yang sedang berjalan, beliau tidak berhasrat meninggalkan parti Melayu itu.

"Terpulang kepada mereka (polis)," katanya kepada wakil media hari ini sebelum meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 1.15 tengah hari ini.

Beliau juga mengetepikan soalan wartawan yang bertanya sekiranya beliau takut akan ditangkap, dengan mengatakan sekali lagi "terpulang kepada mereka".

Beliau juga menjawab mengatakan "Saya tidak tahu" apabila ditanya di bawah peruntukan undang-undang mana beliau sedang disiasat.

Terdahulu hari ini kira-kira jam 10.40 pagi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman tiba di pejabat Dr Mahathir bagi merakamkan kenyataannya dipercayai berkaitan kritikan yang dibuatnya terhadap Najib, khususnya ketika perhimpunan Bersih 4 Ogos lalu.

Mengenai soal siasat polis hari ini, Dr Mahathir berkata pihak polis bertanya kepadanya soalan tetapi beliau memutuskan untuk tidak menjawab.

"Mereka bertanya soalan dan saya kata, saya tidak akan menjawab. Saya tidak menapis apa-apa," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis yang diketuai Supt Azham Othman dilaporkan mengajukan 45 soalan kepada Dr Mahathir. 

Pasukan peguamnya, diketuai Haniff Khatri Abdulla berkata polis menghabiskan kira-kira 45 minit menyoal bekas perdana menteri itu.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan susulan laporan yang dibuat terhadap Dr Mahathir.

Siasatan yang dibuat adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan memfitnah.

Dr Mahathir, 90, sekian lama mengkritik Najib dan secara terbuka meminta perdana menteri meletak jawatan kerana mendakwa beliau gagal memerintah negara dengan baik dan mengaitkannya dengan skandal kewangan yang melibatkan syarikat yang diilhamkannya 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 6 November, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments