Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyokong cadangan kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh ke negara ini kerana mereka boleh mengisi sektor yang kurang diminati pekerja tempatan, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Naib presidennya Mohd Yusuf Abdul Rahman dilaporkan berkata, kemasukan itu perlu seiring dengan pemantauan dan pengurusan sumber manusia.
"Antara sektor yang memerlukan pekerja asing adalah seperti sektor pembinaan dan pembersihan yang tidak diminati pekerja tempatan," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Bagaimanapun, Yusuf mengingatkan kerajaan agar berhati-hati dan melihat semula senario pekerjaan di negara ini bagi memastikan tidak berlaku lambakan pekerja asing.
"Pastikan ada jalan penyelesaian supaya lambakan warga asing tidak berlaku.
"Kita hanya bimbang mereka tidak balik ke negara asal selepas tamat bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas draf perjanjian persefahaman kerajaan Bangladesh dan Malaysia bagi menghantar 1.5 juta rakyat mereka ke negara ini. – 11 Februari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments