Bahasa

Ibu Hindu sedia ke Mahkamah Persekutuan berhubung agama anak, kata peguam

M. Indira Gandhi (kiri) bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di sidang media di Ipoh hari ini. – Gambar ihsan Wong Tuck Keong, 14 Januari, 2016.M. Indira Gandhi (kiri) bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di sidang media di Ipoh hari ini. – Gambar ihsan Wong Tuck Keong, 14 Januari, 2016.Guru tadika, M. Indira Gandhi sedia membawa kes penukaran agama 3 anaknya ke Mahkamah Persekutuan, kata peguamnya M. Kula Segaran.

Beliau berkata, permohonan untuk kes yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan sudah didraf dan akan diserahkan dalam masa terdekat.

“Kami perlu mengemukakan alasan yang mahukan kes itu didengar di peringkat Persekutuan.

“Antaranya, kami akan menyatakan terdapat fakta keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan seorang hakim yang tidak bersetuju dalam panel 3 hakim,” kata Kula yang juga merupakan ahli Parlimen Ipoh Barat, di Ipoh, Perak hari ini.

DAP Perak menganjurkan pertemuan solidariti bersama Indira hari ini, dan turut kelihatan adalah bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Chan Nyarn Hoi, yang juga dikenali sebagai N.H. Chan.

Beliau berkata pihaknya bersetuju kes itu dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan menambah yang mereka merasakan ibu beragama Hindu itu akan menerima keputusan yang lebih baik di Mahkamah Persekutuan.

Indira akan mengemukakan permohonannya didengar Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. – Gambar ihsan Wong Tuck Keong, 14 Januari, 2016.Indira akan mengemukakan permohonannya didengar Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat. – Gambar ihsan Wong Tuck Keong, 14 Januari, 2016.Chan, 81, berkata Mahkamah Rayuan yang memutuskan penukaran agama Islam anak-anak dilakukan suami Indira berdasarkan enakmen undang-undang di Perak adalah sah.

“Enakmen Perak meliputi hanya di Perak. Bagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan isu tanpa melihat aspek yang lebih luas ke seluruh negara?

“Enakmen Perak hanya langkah pertama, dia (Indira) boleh menjangkau lebih daripada itu,” katanya.

Pada 30 Disember tahun lalu, mahkamah menolak keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2013 yang mengetepikan penukaran agama anak-anaknya yang dilakukan bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah atau K. Pathmanathan sebelum memeluk agama Islam.

Panel 3 hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi, memutuskan keputusan penukaran agama itu perlu diputuskan Mahkamah Syariah. – 14 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments