Bahasa

Imigresen Kedah tahan 11 Pati dalam ‘Ops Ikrar’

Jabatan Imigresen menahan 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara dalam serbuan menerusi 'Ops Ikrar' di Sungai Petani dan Pokok Sena, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata pegawainya menjalankan pemeriksaan di 3 lokasi premis rumah sewa di Sungai Petani pada jam 2 pagi menahan 2 lelaki Bangladesh dan 3 lelaki serta 2 wanita Indonesia yang berumur antara 21 hingga 47 tahun.

"Pemeriksaan dijalankan di Taman Bunga Raya, Taman Ria Jaya dan Kampung Paya Suri dan semasa serbuan ada Pati yang cuba meloloskan diri namun gagal kerana anggota Imigresen sudah mengepung kawasan terbabit.

"Sementara itu, pemeriksaan yang dijalankan di sebuah premis kedai di Pusat Perniagaan Sena Jaya, Pokok Sena pada jam 3 petang pula menahan 2 lelaki serta 2 wanita warga Myanmar berumur antara 28 hingga 51 tahun," katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Semua Pati ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosial.

Yusri berkata semua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan  Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar, untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – Bernama, 11 Februari, 2016.        

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments