Bahasa

Islam ada solusi keganasan, fahaman ekstremis, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak percaya penyelesaian kepada semua masalah dihadapi terutama berkaitan keganasan dan fahaman ekstremis boleh didapati dalam Islam sendiri kerana ia adalah agama yang mengajar kesederhanaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak percaya penyelesaian kepada semua masalah dihadapi terutama berkaitan keganasan dan fahaman ekstremis boleh didapati dalam Islam sendiri kerana ia adalah agama yang mengajar kesederhanaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata penyelesaian kepada keganasan dan fahaman ekstremis yang menyebabkan ramai umat Islam mati terdapat dalam Islam.

"Setiap hari, banyak keganasan yang berlaku dalam dunia Islam dan amat menyedihkan apabila melihat begitu ramai umat Islam yang mati di tangan umat Islam sendiri," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook dan Twitternya.

"Ditambah pula dengan kebangkitan fahaman ekstremis, kesemua ini menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan satu fenomena Islamofobia," katanya.

Najib berkata semasa zaman Nabi Muhammad SAW, Islam wujud bersama agama lain tanpa sebarang sengketa.

"Ini boleh digunakan sebagai asas untuk menggalakkan nilai-nilai teras biasa dalam kalangan penganut agama yang berbeza," katanya.

Najib berkata beliau percaya penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi boleh didapati dalam Islam sendiri kerana Islam adalah agama yang mengajar kesederhanaan. – Bernama, 6 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments