Bahasa

Jabatan Imigresen mahu majikan ambil pekerja haram disebat

Jabatan Imigresen mahu hukuman yang lebih berat berikutan sambutan dingin majikan kepada program penggajian semula Putrajaya terhadap pekerja asing, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Jabatan Imigresen mahu hukuman yang lebih berat berikutan sambutan dingin majikan kepada program penggajian semula Putrajaya terhadap pekerja asing, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Jabatan Imigresen akan mencadangkan hukuman sebat untuk majikan jika mereka didapati bersalah melindungi dan menggaji pekerja asing tanpa izin, New Straits Times (NST) melaporkan hari ini.

Penalti terkandung dalam Akta Imigresen 1959/63 selepas pindaan 2002, tetapi tidak ada catatan daripada mana-mana mahkamah yang mengenakan hukuman itu ke atas majikan bersalah, menurut NST.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata, mereka mahu hukuman yang lebih berat berikutan sambutan dingin majikan kepada program penggajian semula Putrajaya.

Sejak program itu bermula pada 15 Februari, hanya 3,700 majikan dan 13,000 pendatang tanpa izin tampil ke depan didaftarkan.

"Kemajuannya perlahan. Kami sudah memberi majikan masa tetapi respons mereka tidak menggalakkan," Sakib dipetik sebagai berkata.

Majikan merasakan mereka hanya akan dikenakan kompaun jika ditangkap menggunakan pendatang tanpa izin, dan lebih suka membayar denda daripada berhenti mengambil pekerja tanpa izin, katanya.

Beliau berkata jabatan itu juga akan meningkatkan serbuan dan menjalankan operasi dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serbuan kini akan dijalankan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam, dan mereka akan menambah bilangan penguatkuasa pada setiap operasi.

"Ini tindakan keras di seluruh negara dan sama  dengan apa yang kita lakukan di Cameron Highlands pada tahun lepas untuk mengusir keluar semua pekerja haram." – 12 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments