Bahasa

Jabatan Imigresen senarai hitam 827,921 rakyat Malaysia sejak 2011

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang disenaraihitamkan dilarang meninggalkan negara ini kecuali mereka mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.	Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang disenaraihitamkan dilarang meninggalkan negara ini kecuali mereka mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016. Jabatan Imigresen menghalang 827,921 rakyat Malaysia ke luar negara sejak 2011, dengan kebankrapan (muflis) menjadi sebab paling popular untuk mereka disenaraihitamkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Larangan perjalanan dikenakan ke atas 200,727 rakyat Malaysia kerana menjadi muflis, sebab pinjaman pelajaran (118,892), sebab keselamatan (520) dan 507,782 bagi kesalahan lain, kata Zahid menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

"Setiap orang yang disenaraihitamkan dilarang meninggalkan negara ini kecuali mereka mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri), yang meminta menteri menyediakan senarai rakyat disenaraihitamkan ke luar negara mengikut negeri dan sebabnya, dari 2011 hingga 2016.

Tahun lepas, Jabatan Imigresen berkata ia akan menyenaraihitamkan mereka yang memalukan negara dan dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata individu terbabit tidak sepatutnya menyalahkan jabatan itu dan berpura-pura terkejut jika pasport mereka disenaraihitamkan.

"Jabatan ini tidak menyenaraihitamkan pasport sesuka hati," Mustafa dilaporkan berkata. – 14 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments