Bahasa

Jangan jadi ‘ketam dalam bakul’, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sikap seperti 'ketam dalam bakul' boleh merosakkan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.	Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sikap seperti 'ketam dalam bakul' boleh merosakkan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya tidak bersikap seperti 'ketam dalam bakul'.

Beliau berkata pemimpin atau ahli Umno bersikap seumpama itu, yang sanggup berbuat apa sahaja boleh merosakkan parti berkenaan.

"Dalam Umno, kita hanya akan berjaya jika bersatu. Justeru, kenapa nak runtuhkan institusi yang ada.

"Jangan kita berperangai macam 'ketam dalam bakul’," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat serentak Umno Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Shah Alam di Shah Alam, malam tadi. 

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari dan kepimpinan sayap-sayap Umno bahagian itu.

Tengku Adnan berkata ahli di setiap peringkat sehingga ke akar umbi perlu mengekalkan perpaduan dan mempertahankan parti bagi memastikan Umno terus kukuh.

"Kita (ahli dan pemimpin Umno) harus setia dengan pemimpin sedia ada.

Kita ada sistem pemilihan dan presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memang dipilih menerusi sistem yang ada," katanya. – Bernama, 13 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments