pilihan raya adalah tidak benar, kata peguam yang menegaskan, mendesaknya meletakkan jawatan sah dalam sistem demokrasi.
Penegasan Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh digantikan melaluiMereka berkata, Barisan Nasional (BN) perlu tahu kenyataan Putrajaya jauh daripada kebenaran, seperti fakta Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan melalui pilihan raya dan bagaimana gabungan pemerintah itu mengambil alih kerajaan negeri Perak pada 2009 dan proses penggantian menteri besar Kedah baru-baru ini.
Desakan dalaman Umno seperti dalam kes yang membawa kepada peletakan jawatan Abdullah pada 2009, juga boleh digunakan sebagai cara menggantikan perdana menteri.
Peguam Perlembagaan Syahredzan Johan berkata, Malaysia tidak mengamalkan sistem presiden seperti Amerika Syarikat (AS), di mana rakyat memilih presiden secara langsung.
Beliau berkata sebaliknya, parti yang memenangi pilihan raya umum akan mengemukakan nama kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk melantik pemimpin nombor satu negara.
"Nama, dalam kebanyakan kes, akan menjadi orang yang diberi kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen dan memenuhi keperluan Perlembagaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Putrajaya, sebagai tindak balas kepada Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil pada Jumaat yang menggesa penyingkiran Najib berkata, perdana menteri diberi mandat rakyat menerajui negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Putrajaya berkata, "satu-satunya mekanisme yang sah, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat" untuk menukar perdana menteri ialah melalui pilihan raya umum.
Najib menjadi perdana menteri pada 2009 menggantikan Abdullah yang menghadapi tekanan daripada Umno untuk meletak jawatan selepas beliau mengetuai BN pada PRU 2008 dan mendapat keputusan hambar.
Syahredzan berkata, peletakan jawatan perdana menteri semasa boleh dibawa melalui "usul tidak percaya atau tekanan dalaman".
"Maka tuntutan peletakan jawatan perdana menteri bukan saja sah, tetapi adalah baik dalam semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.”
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju dengan Syahredzan, penyingkiran perdana menteri dibolehkan melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Sekiranya usul itu diluluskan, perdana menteri sama ada perlu meletakkan jawatan atau meminta pembubaran Parlimen daripada Agong, dan ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Aktivis hak asasi manusia itu juga menyifatkan kenyataan Putrajaya, Najib hanya boleh disingkirkan melalui peti undi sebagai "luar biasa" datang "daripada pihak yang merancang pengambilalihan Perak dan Kedah ".
"Malah dengan Perak, mereka menetapkan duluan undang-undang. Ia juga tidak mempedulikan hakikat yang kita tidak mengundi PM.
"Mengikut konvensyen, jika BN menang majoriti, Umno memutuskan (perdana menteri)," katanya.
Ambiga juga berkata, dalam usaha untuk menggulingkan perdana menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen, harus ada speaker bebas.
"Dalam keadaan sekarang, penyingkiran PM adalah mungkin dengan usul tidak percaya di Parlimen. Tetapi anda memerlukan speaker bebas untuk itu.
"Kalau tidak ia akan menjadi seperti gaya di Perak (pengambilalihan) tetapi semua orang perlu berada di sana," katanya berkenaan cara lain bagaimana perdana menteri boleh digulingkan.
Dalam krisis Perak 2009, 3 wakil rakyat Pakatan Rakyat berpaling tadah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas mesra BN sehingga menyebabkan kerajaan negeri jatuh.
Di Kedah, Mukhriz, selepas berdepan pemberontakan dalaman Umno di negeri itu, meletak jawatan sebagai menteri besar pada 3 Februari selepas Majlis Pemangku Sultan Kedah mengambil kira sokongan terhadapnya di kalangan Adun.
Apabila ditanya mengapa tiada usul tidak percaya terhadap Najib yang berjaya, Syahredzan berkata ia gagal pada masa lalu kerana Parlimen mendahulukan urusan kerajaan, dan perkara-perkara tidak berkaitan kerajaan diletakkan di bawah daripada senarai keutamaan.
"Apa yang kita lihat sebelum ini ialah apabila pemimpin pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya, ia dikebumikan di bawah isu lain dan ia tidak pernah dibahaskan.
"Kita tidak mempunyai bidang kuasa lain seperti terdapat di tempat lain di mana sesetengah hari dikhaskan sebagai ‘hari pembangkang untuk isu yang bukan isu kerajaan’," katanya.
Syahredzan bagaimanapun berkata, walaupun usul dibenarkan, sistem whip parti bermakna, tiada kebebasan ahli Parlimen mengundi.
"Ahli Parlimen Barisan mungkin tidak akan mengundi memihak kepada usul tidak percaya dan ia mungkin akan gagal." katanya.
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula berkata, perdana menteri baharu dipilih berdasarkan sokongan majoriti penggubal undang-undang, masih perlu meminta Raja untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum baharu boleh diadakan.
"(Ia adalah) kewajipan moral...
“Jawatan perdana menteri selepas Najib harus dikembalikan semula kepada rakyat yang mempunyai kebebasan memilih kerajaan dengan manifesto jelas.” – 7 Mac, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments