Bahasa

Jawab fitnah di akhirat, kata Zamihan pada Asri

Zamihan tiada masalah untuk berdamai dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, namun mufti Perlis itu katanya perlu bertanggungjawab di akhirat kerana menuduhnya sebagai Syiah. – Gambar fail The Malaysian Insider , 20 Februari, 2016.Zamihan tiada masalah untuk berdamai dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, namun mufti Perlis itu katanya perlu bertanggungjawab di akhirat kerana menuduhnya sebagai Syiah. – Gambar fail The Malaysian Insider , 20 Februari, 2016.Sedia memaafkan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana dianggap memfitnah dirinya sebelum ini, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin dilaporkan berkata, beliau menyambut salam perdamaian daripada mufti Perlis itu.

“Saya sedia maafkan Asri. Tapi dia tetap bertanggungjawab di akhirat kerana fitnah terhadap saya," beliau dipetik berkata akhbar Sinar Harian hari ini.

Zamihan menegaskan, beliau tiada masalah untuk berdamai seperti yang diinginkan, namun mufti Perlis itu katanya perlu bertanggungjawab di depan Allah kerana menuduhnya sebagai Syiah.

"Dia fitnah saya sebagai Syiah sejak 2001. Dia yang mulakan dulu. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi dia boleh tulis dalam akhbar mengatakan saya Syiah. 

"Berdamai tiada masalah, tetapi fitnah dia jawab di akhirat,” kata Zamihan menurut akhbar itu.

Zamihan dilaporkan berkata, pertemuan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan adalah cara terbaik berbincang dan menyelesaikan perbalahan mereka secara ilmiah.

“Biar mufti yang buat keputusan sama ada saya salah, dia betul atau saya betul, dia salah,” katanya.

Asri pada majlis Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia, 17 Februari lalu, menghulurkan salam harmoni dan perdamaian kepada Zamihan yang juga penjawat awam itu.

Diskusi anjuran Sinar Harian itu, antara Asri dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhamad Rozaimi Ramle, diadakan menggantikan debat terbuka yang pada awalnya dicanangkan antara Asri dan Zamihan. – 20 Februari, 2016.   

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments