Bahasa

Putrajaya akan tubuh jawatankuasa peringkat tertinggi tangani kos sara hidup

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan beliau akan membincangkan di peringkat awal isu berkenaan sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Disember, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan beliau akan membincangkan di peringkat awal isu berkenaan sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Disember, 2015.Satu jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan ditubuhkan untuk membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Zahid berkata, jawatankuasa tertinggi itu akan membincangkan di peringkat awal isu berkenaan sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet.

"Saya akan jemput semua pemimpin NGO untuk bertemu bagi menyatakan pandangan kepada perdana menteri mengenai isu berkaitan kos sara hidup," katanya pada sidang media selepas merasmikan "Majlis Deklarasi Prioriti 2016l di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini ramai pihak yang menuding jari pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kejatuhan harga pasaran minyak serta kemelesetan nilai ringgit sebagai punca kenaikan kos sara hidup.

Sebelum ini, tinjauan The Malaysian Insider terhadap beberapa peniaga makanan mengatakan mereka tidak mampu menampung kos itu lebih lama lagi dan terpaksa memaklumkan kepada pelanggan tetap mereka mengenai harga barang yang akan meningkat.

Jawatankuasa itu bakal dianggotai 6 menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan. 

Menteri terbabit ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Saya menawarkan diri untuk mempengerusikan jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada 6 menteri dan KSU kementerian berkenaan.

"Insya Allah dalam minggu pertama Januari ini, saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa bagi membincangkan semua resolusi yang dicapai hari ini," katanya. – 28 Disember, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments