Bahasa

Jika Umno teruk tidak mungkin Malaysia diberi kerusi tetap PBB, kata Hishammuddin

Jika Umno teruk, tidak mungkin Malaysia dapat tempat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2014.Jika Umno teruk, tidak mungkin Malaysia dapat tempat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2014.Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi kredit kepada kepimpinan parti Melayu itu sebagai faktor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan kerusi tetap kepada Malaysia baru-baru ini.

Hishamuddin berkata, sekiranya Umno dikatakan teruk, tidak mungkin kerajaan Malaysia diiktiraf oleh dunia dan juga Asean.

"Kalau Umno ini teruk sangat, tidak mungkin negara kita diberi tempat dalam kerusi tetap dalam PBB.

"Kalau Umno dan negara kita tidak dihormati dunia, tidak mungkin proses peralihan kepimpinan Asean akan beralih kepada Malaysia," kata Hishamuddin semasa merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Tertinggi Umno hari ini di Petaling Jaya.

Oktober lepas, Malaysia dipilih sebagai salah satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan meraih majoriti besar.

Malaysia mendapat 187 undi daripada 192 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit.

Hishammuddin berkata, jika tidak kerana kebijaksanaan kepimpinan tertinggi Umno yang juga mentadbir negara, tidak mungkin krisis dihadapi negara seperti dalam insiden MH17 dan MH370 dapat ditangani dengan bijak.

"Presiden kita tidak tunduk kepada Presiden Putin dan Obama, memikirkan luar kaedah untuk menyelesaikan krisis tersebut," katanya merujuk kepada Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mungkin tidak dapat menangani krisis besar tersebut seperti yang dilakukan pemimpin Umno.

"Kalau pembangkang hebat sangat, suruh Mahfuz (Datuk Mahfuz Omar) berdepan dengan CNN dan Al Jazeera.

"Suruh mereka kumpul pesawat hebat dunia, P8, Poseidon, 61 satelit, 10 negara Asean bersatu," katanya.

Hishammuddin berkata Umno sudah melalui fasa perubahan dan menggesa supaya ahli Umno  bersatu bagi memastikan usaha tersebut berterusan.

"Transformasi dan perubahan Umno bukan tanggungjawab seorang individu, saya perlu katakan  apa yang kita lakukan sekarang juga adalah pembaharuan.

"Apa yang kita pinda perlembagaan Umno untuk jadi lebih inklusif, itu juga satu perubahan  besar," katanya.

Menurutnya, ujian dan cabaran yang berjaya ditangani juga hasil daripada kebijaksanaan dan  kekuatan Umno sendiri bersama dengan rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

"Banyak perkara yang sudah kita diuji dan kita berjaya, negara kitas masih selamat dan  aman serta harmoni.

"Itu kekuatan Umno dan BN, melalui kebijaksanaan kepimpinannya," katanya.

Pada tahun lepas, negara berdepan dengan insiden pencerobohan Lahad Datu yang menyaksikan  buat kali pertama kerajaan Malaysia berdepan musuh daripada luar.

Tahun ini, negara juga berdepan dua insiden besar, kehilangan pesawat Malaysian Airlines  (MAS) MH370 dan insiden penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine. – 12  November, 2014. 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments