Bahasa

Tahap penerimaan Najib jatuh kepada 44%, kata Merdeka Center

Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari berbanding 48% pada bulan Oktober 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari berbanding 48% pada bulan Oktober 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari lepas berbanding 48% pada bulan Oktober 2014 kerana ramai yang merasakan kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu baik, menurut tinjauan pendapat terbaru Merdeka Center .

Pengumpul suara bebas itu berkata, tahap penerimaan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38% pada bulan Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas.

Akan tetapi bagi Najib, 46% daripada orang yang ditinjau pada Januari 2015 menolak caranya bekerja. (Grafik di bawah)

47% yang ditinjau juga merasakan Malaysia "bergerak ke arah yang salah" sementara 39% mengatakan kerajaan melakukan perkara betul.

Menurut Merdeka Center, mereka yang bersikap positif terhadap negara mengatakan sedemikian berdasarkan keamanan dan keselamatan, keadaan ekonomi dan penyediaan infrastruktur dan bantuan kebajikan kerajaan.

Bagaimanapun, 38% responden mengatakan mereka "tidak berpuas hati" dengan pencapaian kerajaan dan 5% mengatakan mereka "marah".

Merdeka Center mengatakan, sentimen ini kerana kebimbangan peningkatan kos sara hidup, keadaan keseluruhan ekonomi dan kebimbangan berhubung kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April.

Selain itu, ketidakpuashatian juga disebabkan pentadbiran lemah, polarisasi kaum yang menyebabkan sikap negatif terhadap kerajaan.

Tinjauan diadakan dari 21 Januari hingga 30 Januari terhadap 1,008 pengundi berdaftar dan menyaksikan kebimbangan utama mereka adalah keadaan ekonomi. – 27 Februari, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments