Pahang akan mengeluarkan kenyataan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung arahan Kabinet hentikan sementara perlombongan bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
"Saya dan (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) akan membuat kenyataan bersama nanti.
"Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-alukan ulasan daripada semua pihak berhubung isu perlombongan bauksit di negeri ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung isu bauksit yang menimbulkan pelbagai masalah pencemaran dan keselamatan di daerah ini.
Terbaru kegiatan perlombongan mineral itu juga dipercayai menjadi antara punca utama air di Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam bertukar menjadi merah semasa hujan lebat baru-baru ini.
Sementara itu tinjauan Bernama di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan mendapati laluan yang sebelum ini sibuk dengan kenderaan berat mengangkut bauksit hampir lengang.
Lori bauksit didapati diletakkan di tepi jalan berhampiran stesen minyak di kawasan perindustrian Gebeng dan Jalan Pintasan Kuantan dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan itu. – Bernama, 2 Januari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments