Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, ekoran pelbagai isu alam sekitar yang timbul akibat aktiviti perlombongan bahan berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia adalah langkah terbaik yang diambil kerajaan bagi meredakan ketegangan yang timbul sebelum 1 kaedah perlombongan yang terbaik diperoleh.
"Sebenarnya perlombongan ini tidak ada masalah kalau kena caranya dan kerajaan negeri amat menyokong langkah Kabinet itu.
"Terengganu sendiri mengambil beberapa tindakan termasuk tidak membenar kegiatan perlombongan itu dan meningkatkan lagi pengawalan di kawasan yang terbabit.
"Kita juga menghantar surat bantahan kepada kerajaan Pahang untuk menghalang laluan kenderaan yang membawa bauksit ke pelabuhan Kemaman," katanya kepada pemberita selepas program Jom Kembali Ke Sekolah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir hari ini.
Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji dari segi perundangan untuk tidak membenarkan pelabuhan Kemaman dijadikan tempat untuk mengeksport bauksit.
"Perkara ini kita akan teliti terlebih dahulu dengan mendapatkan pandangan dari segi perundangan sebelum sebarang tindakan diambil," katanya. – Bernama, 2 Januari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments