Dr Kassim Ahmad oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebagai tidak sah, adalah menepati undang-undang.
Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir memuji keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mendapati penangkapan dan penahanan sarjana Islam"Keputusan ini jelas mengenai hak perayu," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.
Marina juga menjadi penjamin kepada Kassim di Mahkamah Syariah ketika ahli akademik dan aktivis berusia 83 tahun itu didakwa pada 2013.
Beliau berkata Jawi sudah melakukan banyak pelanggaran "dalam keghairahan mereka" untuk menangkap dan mendakwa Kassim.
"Ia pengakhiran yang hebat untuk tahun ini. Kami tidak yakin sepenuhnya ketika datang ke sini hari ini.
"Kami mengalu-alukan keputusan itu kerana keadilan terlaksana," kata Marina yang berada di mahkamah hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Kassim.
Marina berkata beliau amat terkejut melihat Kassim ditangkap dan didakwa.
"Dia seorang lelaki tua tetapi mereka (pegawai penguatkuasa Jawi) menyerbu rumahnya. Apa yang mereka lakukan kepadanya tidak adil," katanya.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan waran tangkap Kassim cacat, kerana pegawai yang melakukan tangkapan tidak mematuhi undang-undang jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan.
Kassim didakwa di Mahkamah Syariah kerana dituduh menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dan kesnya dijadualkan untuk disebut semula pada 18 Januari.
Tetapi dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, beliau berharap Jawi dapat menggugurkan tuduhan terhadapnya. – 21 Disember, 2015.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments