Bahasa

Kes hasutan Rahim Thamby Chik disebut semula 19 April

Mahkamah tetap 19 April sebutan semula kes bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2016.Mahkamah tetap 19 April sebutan semula kes bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2016.Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 19 April depan bagi sebutan semula kes bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan peguam yang mewakili Abdul Rahim, Ahmad Al-Hady Abdul Razak.

Rahim, 65, didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya, Rahim Tamby Chik, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita setelah selesai prosiding, Ahmad berkata pihaknya menerima surat hari ini daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan mereka menolak permohonan Rahim supaya pertuduhan hasutan terhadapnya digugurkan.

Rahim sebelum ini menghantar surat representasi menerusi peguamnya ke Jabatan Peguam Negara pada 17 Disember lepas bagi menggugurkan pertuduhan atas sebab beliau tidak mempunyai niat menghasut.

"Justeru, satu tarikh sebutan baharu ditetapkan pada 19 April," kata Ahmad.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman. – Bernama, 1 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments