Bahasa

KPN, peguam negara perlu jalankan siasatan bon AS$6.5 bilion 1MDB, kata DAP

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1MDB dengan Goldman Sachs perlu disiasat segera. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac 2016.	Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1MDB dengan Goldman Sachs perlu disiasat segera. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac 2016. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus segera menjalankan siasatan berhubung pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Goldman Sachs, kata DAP. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, tindakan itu perlu dilakukan susulan bekas ketua Goldman Sachs di Asia Tenggara Tim Leissner disepina Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS). 

"Kegagalan peguam negara dan ketua polis negara mengambil tindakan segera dan efektif terhadap jenayah seperti itu mengakibatkan Putrajaya terpaksa menyelamatkan 1MDB dengan pinjaman kecemasan, penjualan hartanah dan kontrak dengan harga yang rendah," kata Pua pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini. 

Beliau berkata, walaupun Putrajaya dan pembayar cukai mangsa terbesar pembayaran kepada Goldman Sachs, penyiasat AS yang menemui asas penyiasatan dalam transaksi yang berkemungkinan satu penipuan. 

Bloomberg sebelum ini melaporkan Tim (gambar kanan) disepina FBI bulan lalu, dan pendakwaraya Jabatan Keadilan kini sedang menyiasat sama ada terdapat kaitan dengan 1MDB. 

"Saya dan pengkritik 1MDB sejak sekian lama menggesa pengeluaran bon oleh Goldman Sachs untuk 1MDB sebanyak AS$6.5 bilion itu disiasat," kata Pua. 

Beliau berkata, 1MDB mempunyai 3 bon antarabangsa, dengan 2 bon masing-masing bernilai AS$1.75 bilion, dan AS$3 bilion. 

Pua juga berkata, 1MDB membayar AS$196 juta dan AS$283 juta untuk komisen, caj dan perbelanjaan bagi mengemukakan bon bernilai AS$1.75 bilion dan AS$3 bilion. 

"Amaun ini berbentuk kepada peratusan yang tinggi sehingga 11.2% dan 9.4% daripada dana bon," kata Pua. 

Beliau berkata, negara luar seperti Mexico dan Uruguay berjaya mengeluarkan bon masing-masing bernilai AS$3.9 bilion dan AS$2 bilion dengan hanya menolak 0.2% dan 0.1% sebagai caj dan perbelanjaan. 

"Bagaimana mungkin Malaysia sebagai sebuah negara lebih baik daripada mereka," katanya. – 9 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments