Bahasa

Kumpul RM1.2 juta 10 hari, bukti sokongan orang ramai himpunan Bersih 4

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menafikan dana yang terima sempena perhimpunan Bersih 4 akan digunakan bagi membayar peserta himpunan sebanyak RM300 kerana mereka tidak mempercayai pendekatan sebegitu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menafikan dana yang terima sempena perhimpunan Bersih 4 akan digunakan bagi membayar peserta himpunan sebanyak RM300 kerana mereka tidak mempercayai pendekatan sebegitu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.Kutipan RM1.2 juta yang berjaya dicapai penganjur himpunan Bersih 4 menggambarkan sokongan orang ramai kepada tuntutan-tuntutan mereka, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Menurutnya, ia di luar jangkaan mereka kerana kutipan itu jauh melepasi kutipan dana himpunan Bersih 3 pada 2012.

"Derma yang kami dapat menunjukkan sokongan orang ramai kepada kami. Malah ia 3 kali ganda lebih tinggi daripada kutipan dahulu (Bersih 3)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Maria, wang itu akan digunakan bagi membiayai usaha dan kempen mereka selepas himpunan pada 29 dan 30 Ogos ini seperti membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.

Menurut Maria, ia juga akan digunakan bagi himpunan pada hujung bulan ini.

Maria juga ketawa kecil seketika sewaktu ditanya jika ia akan digunakan bagi membayar peserta himpunan sebanyak RM300 seorang seperti didakwa kumpulan anti-Bersih.

"Kami tak bayar orang (ketawa). Malah untuk himpunan ini kami minta orang ramai bawa air dan makanan sendiri, selimut sendiri, beg tidur.

"Kami tak percaya pendekatan sedemikian. Kami percaya orang ramai lebih rasional dan ini bukan budaya orang yang datang ke himpunan ini," kata Maria.

Lewat malam semalam, Bersih 2.0 menerusi akaun Facebook rasmi mereka mengumumkan jumlah kutipan terkumpul sejak kempen itu dilancarkan pada 10 Ogos lalu.

"Jumlah terkini daripada derma dan penjualan baju yang kami terima ialah RM1,221,419.02. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menderma kepada kami.

"Kepada yang belum, teruskan menderma!" pengumuman itu dipetik.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh mendepositkan wang sumbangan ke akaun Maybank 5122 9510 2931 atas nama “Bersih & Adil Network Sdn Bhd”, kata Maria. – 21 Ogos, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments