Bahasa

Lumba motosikal di KL untuk elak judi haram, kata Ku Nan

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dengan membenarkan perlumbaan dilakukan, sindiket perjudian akan dapat dikawal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dengan membenarkan perlumbaan dilakukan, sindiket perjudian akan dapat dikawal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangannya supaya "mat rempit" mengadakan perlumbaan di ibu negara adalah untuk mengelakkan berlakunya gejala judi haram yang sinonim dengan aktiviti itu.

Akhbar The Star hari ini melaporkan, cadangan yang diutarakan Tengku Adnan itu bagaimanapun menerima respons negatif ahli Parlimen Kuala Lumpur yang berpendapat isu membabitkan perjudian tidak akan diselesaikan dengan menghalalkan perlumbaan haram.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan untuk menutup beberapa jalan di ibu negara bagi penganjuran perlumbaan motosikal itu masih lagi akan dibincangkan.

"Itu salah satu cara untuk membolehkan mereka melakukan apa yang mereka suka," katanya dan menambah, terdapat sindiket yang menganjurkan perjudian ketika perlumbaan haram.

The Star turut melaporkan, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng sebagai berkata, isu membabitkan perkara itu dibincangkan selama 15 minit dalam pertemuan Tengku Adnan bersama ahli Parlimen dari Kuala Lumpur tetapi butiran terperinci tidak didedahkan.

"Beliau berkata sedang berbincang dengan agensi seperti polis tetapi itu yang perlu kita lakukan.

"Saya tanya jika beliau serius. Beliau kemudiannya mencabar saya ke jalan di Maju Junction pada waktu malam untuk melihat sendiri," katanya.

Tengku Adnan, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, dengan membenarkan perlumbaan dilakukan, sindiket perjudian akan dapat dikawal.

Pemimpin pembangkang kata Lim bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

"Kami terkejut," katanya.

"Jika kita benarkan perlumbaan motosikal, lebih banyak perjudian akan berlaku, kerana ia sudah sah," katanya.

Lim berkata, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menawarkan kawasannya untuk menganjurkan perlumbaan motosikal jalanan namun ditolak Tengku Adnan.

The Star turut melaporkan, 92% kaji selidik yang dilakukan mereka menunjukkan responden tidak bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan.

Tengku Adnan sebelum ini mencadangkan jalan-jalan di ibu negara ditutup untuk membolehkan penganjuran perlumbaan motosikal jalanan yang mana turut menyaksikan trak-trak menjual makanan beroperasi ketika perlumbaan berlangsung.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menemui Tengku Adnan berhubung perkara itu. – 2 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments