Bahasa

Mahkamah sivil tiada bidang kuasa atas penukaran agama, rujuk Mahkamah Syariah

Indira Gandhi, ibu kepada 3 anak yang ditukarkan kepada agama Islam, di luar Mahkamah Rayuan, Putrajaya, hari ini. Di kanan ialah peguamnya, M. Kula Segaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Disember, 2015.  Indira Gandhi, ibu kepada 3 anak yang ditukarkan kepada agama Islam, di luar Mahkamah Rayuan, Putrajaya, hari ini. Di kanan ialah peguamnya, M. Kula Segaran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Disember, 2015. Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti hari ini mengekalkan yang kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapa Muslim mereka hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah.

Mahkamah Rayuan mengatakan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pertukaran agama itu, serta membatalkan arahan mahkamah lebih rendah yang mengatakan penukaran agama 3 anak itu kepada Islam adalah tidak sah.

Penghakim 3 panel itu, diketuai Datuk Balia Yusof Wahi, berkata mengikut pendekatan subjek permasalahan tersebut, penukaran agama perlu ditentukan mahkamah agama.

Turut bersetuju dengan Balia adalah Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.

Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Bakar dalam hujah penentangannya berkata, penukaran berkaitan agama itu merupakan perkara pengurusan pentadbiran semata-mata.

Beliau berkata, penukaran dilakukan Pendaftar Pertukaran Agama tetapi tidak mengikut undang-undang sepenuhnya.

"Undang-undang menyatakan anak-anak perlu membuat permohonan tersebut dan bapanya perlu memberi keizinan," katanya.

Dalam kes ini, katanya, bapanya yang membuat permohonan tersebut.

"Jadi semua yang berlaku tidak sah daripada mula lagi," tambah Hamid.

Hakim itu juga berkata isu pertukaran agama ini tidak akan selesai selagi hakim tidak menghayati kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

Pada 25 Julai, 2013, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Lee Swee Seng mengekalkan keputusan sijil pertukaran agama 3 anak itu – Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa sebagai tidak sah.

Lee memetik peruntukan di bawah undang-undang syariah Perak di mana anak perlu hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Beliau berkata, enakmen Perak memerlukan anak supaya hadir sebelum sijil pertukaran agama boleh diluluskan.

Ini berlaku apabila bapa anak-anak tersebut, Muhammad Riduan Abdullah yang asalnya bernama K. Patmanathan, menukarkan agama mereka tanpa pengetahuan atau izin isterinya, guru tadika M. Indira Gandhi.

Jabatan Agama Islam Perak, kerajaan negeri dan Persekutuan, Pejabat Pertukaran Agama, Kementerian Pendidikan dan Riduan kemudiannya merujuk keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan sijil anak-anaknya.

Pada 2009, Riduan ke Mahkamah Syariah dan mendapat hak penjagaan anak-anaknya, tetapi tahun lepas Mahkamah Tinggi mengarahkannya memulangkan anak-anaknya kepada bekas isterinya.

Bagaimanapun, Riduan yang dikatakan tinggal di Kelantan, masih menjaga Prasana Diksa - kini berumur 7 tahun.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan memberitahu penghakiman semasa penyerahan ke Mahkamah Rayuan pada Mei yang Riduan boleh menukar agama anak-anaknya secara unilateral dan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu.

"Hanya Mahkamah Syariah merupakan forum terbaik kerana subjek perkara ini adalah mengenai pertukaran agama."

Beliau berkata, Mahkamah Sivil tidak boleh menghakimi perkara itu walaupun pendaftar yang menolong pertukaran agama itu tidak mengikut prosedur.

Beliau juga menambah, sah bagi bapa untuk menukar agama anak-anaknya secara unilateral kerana Mahkamah Persekutuan ada mengatakan salah satu pihak ibu bapa boleh melakukannya tanpa izin yang lain.

Namun, Hakim Datuk Hamid Abu Bakar yang berbeza pendapat berkata, penukaran agama itu melibatkan soal pentadbiran dan tiada kena mengena dengan bidang kuasa mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah.

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Swee Seng pada 25 Julai 2013 memutuskan sijil penukaran agama Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa batal dan tidak sah.

Lee memetik peruntukan di bawah undang-undang syariah Perak yang menetapkan kanak-kanak perlu hadir bagi mengucap 2 kalimah syahadah.

Dalam kes pagi ini, Hakim Baliah dan Badariah berkata Tevi Darsiny sekarang boleh menentukan status agamanya kerana sudah berusia 18 tahun.

Peguam Aston Paiva berkata, keputusan pagi ini seperti mencadangkan Indira agar ke Mahkamah Syariah untuk penyelesaian walaupun beliau bukan Islam.

Sementara itu, Indira berkata beliau kecewa dengan keputusan hari ini lebih-lebih lagi apabila anaknya Prasana Diksa dipelihara bekas suaminya walaupun hak penjagaan diperolehinya.

Beliau juga tidak faham sebab untuk ke Mahkamah Syariah sedangkan perkahwinannya dahulu didaftarkan secara sivil.

Peguam M. Kula Segaran berkata, pihak yang menderita dalam hal ini apabila seorang daripada ibu bapa menukar agama adalah adalah anak-anak.

Ahli Parlimen itu berkata beliau sudah mencadangkan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) agar melindungi pasangan serta anak-anak di bawah umur individu yang menukar agama.

"Cadangan ini dibuat 5 tahun lalu tetapi kerajaan tidak berbuat apa-apa," katanya.

Beliau kini akan menunggu arahan lanjut dari anak guamnya Indira Gandhi. – 30 Disember, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments