Bimbang dengan keadaan ekonomi lembab tahun ini, kebanyakan majikan di Malaysia merancang menaikkan gaji kakitangan mereka hanya 3% hingga 6%, kata firma pengambilan pekerja global Hays.
Panduan Gaji Global Hays Asia 2016 mendedahkan 46% daripada majikan di negara ini merancang kenaikan gaji antara 3% hingga 6% pada suku akan datang, manakala perancangan sebanyak 29% memberi kenaikan gaji antara 6% hingga 10%.
Panduan itu juga berkata 11% daripada majikan merancang kenaikan hanya sehingga 3%, manakala 4% tidak merancang untuk memberi kenaikan gaji, kata Christine Wright, pengarah urusan Hays di Asia.
"Kita akan lihat beberapa ketegangan tahun ini antara majikan yang mengambil pendekatan berhati-hati terhadap gaji bagi membantu mengemudi keadaan ekonomi di rantau ini secara lebih umum dan calon inginkan kenaikan pangkat," katanya.
Panduan ini mengetengahkan trend gaji dan merekrut daripada lebih 3,000 majikan di seluruh Malaysia, Hong Kong, Singapura, China dan Jepun.
Firma itu terlibat dalam mewakili 6 juta pekerja dan anggaran gaji lebih daripada 1,200 jawatan.
Panduan itu berkata, trend di Malaysia juga sedang berlaku di Singapura dan Hong Kong di mana kebanyakan majikan merancang memberi kenaikan gaji antara 3% hingga 6%.
Sebaliknya, 60% majikan di China merancang untuk memberi kenaikan gaji antara 6% hingga 10%, manakala di Jepun pula, 63% majikan merancang memberi kenaikan gaji sehingga 3%.
"Untuk mengambil kesempatan terbaik daripada situasi ini, calon harus membuat penyelidikan sebelum memberi penekanan kepada faktor gaji dan lebih memberi perhatian kepada manfaat lain seperti peluang mengembangkan kerjaya yang akan memberi pulangan apabila ‘iklim’ gaji lebih memihak kepada mereka," kata Wright.
"Majikan memberitahu kami yang mereka menjangkakan kekurangan kemahiran sebagai satu cabaran tahun ini dan hanya akan menambahkan penekanan kepada gaji, kami menjangkakan ramai majikan masih mempertimbangkan mengekalkan gaji pekerja mereka.
"Untuk mengisi kekurangan itu, majikan di Malaysia perlu memberi tumpuan dan perhatian lebih kepada strategi lain seperti latihan dan pembangunan serta membuka peluang pekerjaan dari luar negara," katanya.
Menjelang tahun depan, 63% majikan dalam panduan ini bercadang memberikan bonus kepada kakitangan mereka, dengan majoritinya 44%, berkata merancang memberi bonus antara 11% hingga 50% daripada gaji kakitangan.
Hanya 10% syarikat memberikan bonus 100% daripada gaji kakitangan.
Kira-kira 13% syarikat merancang memberikan bonus 51% hingga 99% daripada gaji pekerja, manakala 33% lagi berhasrat memberikan sehingga 10% daripada gaji pekerja sebagai bonus, kata panduan itu.
"Ketika ditanya berkenaan faktor yang mempengaruhi pemberian bonus itu, 95% majikan menyatakan ia berkaitan 'prestasi syarikat', 92% ‘prestasi individu’ dan 37% pula ‘prestasi pasukan’." – 23 Februari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments