Bahasa

Mesyuarat tergempar tidak perlu dan buang masa, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu tidak akan buang masa memikirkan tindakan ke atas pemimpinnya yang menyertai gerakan menggulingkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac 2016.	Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu tidak akan buang masa memikirkan tindakan ke atas pemimpinnya yang menyertai gerakan menggulingkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac 2016. Umno tidak akan melayan dan membuang masa untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan tindakan pemimpinnya yang terlibat dalam deklarasi penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor Berita Harian hari ini.

Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Umno tidak akan melayan pemimpin Umno yang menyertai gerakan mengguling Najib.

"Umno tidak seharusnya membuang masa memikirkan tindakan yang perlu diambil kepada pemimpin terbabit.

"Kenapa perlu mesyuarat (tergempar), kepada Umno ini akan menjadi kudis, kita akan buat cara kita, kita akan teruskan mandat diberi rakyat kepada BN," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Zahid juga dilaporkan menafikan mengenai mesyuarat tergempar tersebut.

Jumaat lalu, Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang diusahakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditandatangani lebih 50 individu termasuklah pemimpin pembangkang daripada PKR, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara serta pemimpin veteran Umno.

Deklarasi itu turut ditandatangani Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – 7 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments