Bahasa

Najib mesti dihalang, kata Dr Mahathir kepada akhbar UK

 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kepada akhbar The Telegraph Datuk Seri Najib Razak menghampakan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac 2016.	Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kepada akhbar The Telegraph Datuk Seri Najib Razak menghampakan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac 2016. Datuk Seri Najib Razak menghampakan rakyat Malaysia dan tidak boleh dibiar terus memimpin negara sebagai perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancara dengan The Telegraph, bekas perdana menteri itu berkata Najib merosakkan negara apabila terus memegang kuasa walaupun dihambat skandal berbilion ringgit yang menjadi sasaran siasatan antarabangsa.

"Harapan saya tinggi," kata Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama memerintah.

"Dia menghampakan kita semua. Kita tidak mahu melihat ini terus berlaku."

Dr Mahathir juga memberitahu akhbar United Kingdom (UK) itu, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan dari Putrajaya.

"Saya berbesar hati jika dibawa ke mahkamah," katanya. "Mereka cuba mentadbir negara dengan menakut-nakutkan orang tetapi saya bersedia."

Beliau merujuk kepada tindakan polis menyoalnya berhubung artikel dalam blognya pada 5 Februari, di mana beliau menyerang Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusan untuk tidak mendakwa Najib.

Najib kini bergelut dengan dakwaan skandal kewangan apabila menerima RM2.6 bilion 'derma politik' dalam akaun peribadinya serta terbabit operasi meragukan dana sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir adalah antara pemimpin yang ketara mengkritik Najib dan pentadbirannya berhubung cara mereka menangani skandal itu dan beliau berhenti menjadi ahli Umno sebagai tanda protes terhadap Najib dan parti.

4 Mac lalu Dr Mahathir mengetuai sekumpulan bekas menteri, pemimpin pembangkang dan wakil pertubuhan sivil menandatangani satu deklarasi menuntut pengunduran Najib. – 8 Mac, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments