Tidak ada bukti yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam Kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd, kata peguam negara hari ini.
Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, ini adalah sebab mengapa nama Najib dibersihkan daripada sebarang kesalahan jenayah yang melibatkan SRC International, sebuah syarikat milik kementerian kewangan di mana Najib menterinya.
"Saya berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan.
"Di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tiada bukti yang menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kumpulan Wang Persaraan Inc atau KWAP)," kata Apandi pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau juga mengumumkan Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah ke atas sumbangan RM2.6 bilion yang diterima ke dalam akaun bank peribadinya.
SRC awalnya di bawah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dipindahkan kepada kementerian kewangan pada tahun 2012, selepas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen dikeluarkan sepenuhnya.
Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan jaminan kerajaan untuk pinjaman, mengatakan kerugian yang dibuat tanpa apa-apa keuntungan – tanda ia tidak menjana sebarang pendapatan walaupun pinjaman, menurut Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Tony Pua juga mempersoalkan apa tujuan pinjaman itu diberikan.
SRC International dalam satu kenyataan pada Oktober lalu menafikan sebarang penyelewengan dana dan berkata pinjaman itu sudah diambil kira di dalam kunci kira-kira. – 26 Januari, 2016.
Comments
Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments