Bahasa

Nazri mahu Muhyiddin, Muhkriz dipecat

Datuk Seri Nazri Aziz mengakui sebelum ini mengetuai langkah mengemukakan usul penggantungan jawatan terhadap  Tan Sri Muhyiddin Yassin  pada Majlis Tertinggi lalu.– Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016. Datuk Seri Nazri Aziz mengakui sebelum ini mengetuai langkah mengemukakan usul penggantungan jawatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Tertinggi lalu.– Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Mac, 2016. Datuk Seri Nazri Aziz mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Muhkriz Mahathir dipecat terus daripada Umno ekoran penglibatan mereka dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang, lapor beberapa portal berita hari ini.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, beliau akan sekali lagi mendesak untuk membentangkan usul pemecatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden pada mesyuarat MT akan datang hujung bulan ini.

"Saya akan mulakan proses untuk mereka dibuang daripada Umno," kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu kepada portal The Malay Mail Online.

Sebelum ini, beliau mengakui mengetuai langkah mengemukakan usul penggantungan jawatan terhadap Muhyiddin pada mesyuarat MT lalu.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau juga bakal mencadangkan mesyuarat MT kelak akan duduk semeja dengan Lembaga Disiplin parti bagi membuat keputusan bersama mengenai tindakan yang akan diambil terhadap kedua-dua pemimpin Umno tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, proses tersebut tidak akan dilakukan dengan segera dan akan mengikut prosedur yang sebetulnya.

"Tidak ada keperluan untuk kita adakan mesyuarat tergempar. Kita bukan nak cepat sangat pun, kita akan ikut prosesnya dulu," beliau dipetik berkata.

Dr Mahathir bulan lalu keluar daripada Umno sebagai protes terhadap Najib dan kemudiannya mengilhamkan pembentukan "kumpulan teras" yang terdiri daripada mereka yang ingin menyingkirkan Najib.

Ia disusuli dengan satu sidang akhbar dan majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang disertai Muhyiddin dan Mukhriz.

Datuk Seri Shafie Apdal turut menandatangani deklarasi itu tetapi tidak menghadiri sidang media itu.

Mengulas mengenai nasib Shafie pula, Nazri berkata, ia tidak akan diputuskan buat masa ini atas faktor beliau tidak menghadiri sidang media tersebut.

Tegasnya lagi, pemecatan 2 pemimpin tersebut akan mengikut prosedur yang betul di mana notis akan diberikan terlebih dahulu kepada Muhyiddin dan Muhkriz, memberi tempoh 2 minggu untuk menjawab surat tunjuk sebab. – 6 Mac, 2016.


 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments