Bahasa

NGO pro BN minta polis siasat dakwaan Zuhdi terhadap DAP

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa, antara syarat tawaran yang dikenakan terhadap DAP termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa, antara syarat tawaran yang dikenakan terhadap DAP termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta polis menyiasat dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, seperti disiarkan media, baru-baru ini.

Zuhdi juga mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata jika dakwaan Zuhdi itu benar, ia satu malapetaka cukup besar buat Malaysia dan tidak harus dibiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam.

"Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah DAP mempunyai hubungan dengan Israel?," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Pakatan NGO Pro BN turut membuat laporan di Balai Polis Alam Mesra di sini pagi tadi, susulan pendedahan Zuhdi itu.

"Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Zuhdi baru-baru ini," katanya. – Bernama, 1 Januari, 2016.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments