Bahasa

PAS belum berhasrat jalin kerjasama politik dengan Umno

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) pada sidang media di ibu pejabat PAS berkata, sehingga hari ini, PAS hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan ia hanya melibatkan isu. Sidang media itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali (kanan) pada sidang media di ibu pejabat PAS berkata, sehingga hari ini, PAS hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan ia hanya melibatkan isu. Sidang media itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.PAS kini hanya menjalankan kerjasama dengan PKR dan belum berhasrat untuk menjalankan kerjasama serupa dengan Umno, kata Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali. 

Mustafa berkata, sehingga hari ini, parti Islam itu hanya menjalankan kerjasama bukan politik dengan Umno dan kerjasama antara 2 parti politik Melayu itu hanya melibatkan isu. 

"Pada waktu ini kita tidak ada kerjasama politik (dengan Umno) kita kerjasama dengan PKR sahaja, Pakatan Harapan pun PAS tidak bersama, Umno pun tidak bersama. 

"Tetapi tentang isu tidak politik tiada masalah (kerjasama dengan Umno), melibatkan kerjasama dengan kerajaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali. 

Isu kerajaan perpaduan yang melibatkan penyatuan Umno dan PAS timbul apabila semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Kelantan turut sama menyokong pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan membabitkan undang-undang hudud. 

Ekoran perkara itu, krisis tercetus antara blok pembangkang dalam Pakatan Rakyat, apabila DAP secara terbuka menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membawa usul rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 

Susulan perkara itu, kerjasama pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan PKR, DAP, dan PAS terbubar. 

Malah, beberapa pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan mereka termasuk bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu bertindak menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah). 

DAP, PKR, dan Amanah kini bergerak dalam platform baharu pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan, namun PAS tidak menyertai kerjasama tersebut. – 13 Oktober, 2015.

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments